Lain-Lain

Empat atlet Selangor dapat ‘duit belanja’ ke Sukan Olimpik Tokyo

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohd Khairuddin Othman

KERAJAAN Negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000 setiap seorang kepada empat atlet negeri itu yang akan beraksi pada Sukan Olimpik 2020, Tokyo.

Exco Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata, peruntukan RM10,000 diberikan kepada permata sukan Selangor iaitu Phee Jing En (renang), Lee Hup Wei (lompat tinggi), Gavin Kyle Green (golf) dan Farah An Abdul Hadi (gimnastik artistik) sebagai perbelanjaan mereka di sana.

“Apabila berjaya membawa balik pingat, kita akan bentang dalam mesyuarat exo kemudian apa (ganjaran) yang sesuai untuk diberikan atas kejayaan mereka,” jelasnya kepada Bernama selepas perjumpaan secara dalam talian bersama Jing En, Hup Wei dan Farah Ann pada Rabu.

Sukan Olimpik 2020 bakal berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos yang melibatkan seramai 30 orang atlet negara dalam 10 acara yang akan beraksi di Tokyo.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: