Bola Sepak

Gallifuoco kongsi pengalaman bersama Tottenham Hotspur

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PEMAIN import Kuala Lumpur City (KL City) FC, Giancarlo Gallifuoco mendedahkan sisi menarik mengenai kariernya yang hanya mengetahui potensinya bermain selaku pertahanan tengah pada umur 25 tahun.

Menurut pemain yang berasal dari Australia ini, pada awal pembabitan kariernya di England semasa bersama Tottenham Hotspur ketika berumur 18 tahun, dia sering kali diletakkan posisi berbeza terutama di posisi tengah atau pertahanan kanan oleh jurulatih yang berlainan.

Namun, penghijrahan Giancarlo ke Melbourne Victory pada dua tahun lalu telah membuatkan dia semakin yakin untuk terus beraksi di pertahanan tengah yang kini menjadi posisi utamanya di KL City.

“Saya mempunyai ketinggian yang baik bagi perebutan bola di udara dan kekuatan di bahagian kaki yang membuatkan saya boleh bermain baik di bahagian pertahanan.

“Namun dalam masa saya punyai kecergasan yang baik serta boleh berlari tiap masa yang diperlukan, jadikan situasi itu membuatkan saya boleh beraksi di bahagian tengah.

Gallifuoco menjalani latihan bersama kelabnya. Foto: KL City FC.

“Semasa Harry Redknapp yang merupakan pengurus Tottenham pada waktu itu menandatangani saya, dari Torino, posisi asal saya adalah bahagian tengah namun selepas dia dipecat, penggantinya, Andres Villas-Boas meletakkan saya sebagai pemain pertahanan.

“Tidak lama selepas dia dipecat, Tim Sherwood pula selepas itu meletakkan saya sebagai pertahanan kanan dan apabila bersama Swansea pada tahun berikutnya, saya kembali ke posisi tengah.

“Terus terang pada waktu itu, saya tidak tahu di posisi mana patut bermain cuma rasanya posisi pertahanan kanan telah merencatkan perjalanan karier saya semasa di England.

“Akhirnya pada umur 24 ke 25 tahun apabila bersama Melbourne Victory, baharu sedar posisi yang cukup sesuai dengan saya sebenarnya ialah pertahanan tengah atau mungkin pemain tengah bertahan kerana dalam diri ini, saya seorang yang suka memenangi bola, mahu menjadi ketua di atas padang serta gemar membantu pasukan dalam situasi sukar, ” katanya.

Giancarlo yang berumur 27 tahun merupakan antara tonggak penting KL City musim ini apabila gandingannya bersama Irfan Zakaria menyaksikan pasukan itu muncul pasukan ketiga terbaik bersama Penang yang kurang dibolosi iaitu 14 gol selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC.

Gallifuoco pernah berlatih bersama bintang Spurs . Foto: KL City FC

Selain rekod tiga perlawanan KL City tidak dibolosi, pemain berketinggian 1.87 meter ini turut menjaringkan satu gol ketika pasukannya tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman.

Dalam pada itu, Giancarlo mengakui pengalaman pernah berlatih serta bermain bersama beberapa pemain ternama seperti penyerang antarabangsa England, Harry Kane, pemain tengah Croatia, Luka Modric dan penyerang Togo, Emmanuel Adebayor menjadi antara detik paling manis dalam karier selepas menyertai Tottenham pada tahun 2012.

“Saya ke Tottenham pada umur 18 tahun selepas persembahan saya dengan Torino yang ketika itu Serie B Itali meraih perhatian ramai sebelum Pengarah Teknikal Tottenham, Tim Sherwood menghubungi saya.

“Pada mulanya saya ingat hanya satu gurauan namun itu memang terjadi apabila dia mengatakan Harry Redknapp mahukan khidmat saya sebelum terbang ke sana dengan kontrak dua tahun dan enam bulan.

“Pengalaman bermain serta berlatih dengan Harry Kane, Massimo Luongo, Ryan Mason, Tom Carroll dan Nabil Bentaleb yang waktu itu juga merupakan pemain remaja tidak boleh dilupakan selain Adebayor, Luka Modric, Kyle Walker dan Gareth Bale, ia menjadikan saya seperti pemain hari ini, ” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: