Antarabangsa

Peru henti perjalanan Paraguay


Image
Peru melangkah ke separuh Copa America dengan menang sepakan penalti ke atas Paraguay.

PERU menewaskan Paraguay 4-3 menerusi penentuan penalti untuk mara ke separuh akhir Copa America 2021 di Estadio Olimpico Pedro Ludovico  sebentar tadi.

Perlawanan sepenuh masa terikat  3-3 setelah 90 minit.

Gustavo Gomez meletakkan Paraguay di depan pada minit ke-11 tetapi dia juga menjaringkan gol sendiri pada minit ke-21. Gianluca Lapadula memberikan Peru kelebihan sebelum Junior Alonso menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Peru sekali lagi mendahului menerusi rembatan Yoshimar Yotun pada minit ke-80 namun Paraguay kembali menyamakan kedudukan pada minit terakhir menerusi Gabriel Avalos, beberapa saat selepas pemain Peru, Andre Carrillo dilayangkan kad merah.

Kemenangan itu bermakna Peru akan bertemu dengan pemenang perlawanan antara Chile dan juara bertahan, Brazil di separuh akhir.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d