Hoki

Pencarian pemain hoki remaja lelaki terbaik bermula Disember ini

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Saingan TNB Liga Hoki Remaja bakal diadakan Disember ini. Foto: KHM

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2021 akan diadakan pada Disember.

Kejohanan itu akan menjadi platform buat pemain pemain muda khususnya untuk menunjukkan kualiti yang mereka miliki agar dapat menambat hati barisan kejurulatihan Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan.

Ia juga bagi menghimpunkan pemain pemain terbaik negara sekaligus mempersiapkan pasukan untuk mengharungi kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja (Lelaki) 2023.

Maklumat lanjut berhubung penganjuran TNB MJHL 2021 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada Jumaat mengumumkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Remaja (Lelaki) 2023.

Subahan Kamal

“Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan FIH terhadap MHC untuk mengatur dan menganjurkan kejohanan yang besar ini untuk peminat hoki global. Kali terakhir kita menganjurkan acara ini sejak lebih sedekad lalu pada tahun 2009,” ujar Subahan dalam satu kenyataan.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia remaja lelaki pada 1982 dan 1989 serta menganjurkan secara bersama dengan negara jiran, Singapura pada 2009.

Subahan menjangkakan kejohanan Piala Dunia Remaja itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan sukan hoki dalam kalangan remaja di Malaysia dan rantau ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: