Lain-Lain

Hanya 30 atlet sahaja tiada lagi pertambahan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan senarai 30 atlet terdiri dari 10 acara sukan yang akan membawa cabaran Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah muktamad dan tiada penambahan lagi.

Jelasnya, dia berpuas hati dengan jumlah atlet itu kerana mencapai sasaran ditetapkan, selain masih dalam lingkungan angka 30 dan ke atas seperti yang dicapai pada dua edisi sebelum ini, iaitu Rio 2016 dan London 2012.

Tambahnya lagi , dia mahu atlet yang baru disahkan penyertaan ke Sukan Olimpik Tokyo seperti dua atlet olahraga, Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan Azreen Nabila Alias (100 meter wanita) selain Jeremiah Loo Phay Xing (gimnastik) dan Syaqiera Mashayikh (memanah) agar menggunakan peluang keemasan itu sebaik mungkin untuk menampilkan aksi terbaik walaupun mendapat slot menerusi tiket ‘wildcard’ mahupun merit.

“Penyertaan mereka ini cukup bermakna kerana mempunyai peluang dan impian untuk pecah rekod sendiri, perbaiki ranking serta cuba bawa balik pingat untuk negara,” katanya ketika mengulas pengesahan oleh Majlis Olimpik Malaysia berhubung senarai 30 atlet berkenaan yang mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo.

Pada edisi sebelum ini di Rio 2016, Malaysia menghantar 32 atlet dan untuk kali ini 30 atlet terdiri dari 10 acara sukan yang disenaraikan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: