
PELUMBA pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen merampas petak pertama untuk perlumbaan Grand Prix Austria pada sesi kelayakan yang diadakan di Litar Red Bull Ring pada Sabtu.
Verstappen mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 03.720 saat untuk permulaan petak utama keenam dalam kariernya. Turut sama bakal bermula di barisan hadapan adalah pemandu McLaren, Lando Norris ketinggalan 0.048 saat.
“Q3 sangat teruk. Saya sudah tentu gembira menjadi yang pertama tetapi bukan dengan cara ini. Sesuatu yang perlu dilihat nanti tetapi untuk meraih dua kali kemenangan petak pertama di sini ianya sangat baik dan berharap akan menamatkannya esok,” ujar Verstappen selepas aksi kelayakan.
Another one for the collection! 😃@Max33Verstappen picks up his 4th @pirellisport Pole Position Award of the season 👏#AustrianGP 🇦🇹 #F1 pic.twitter.com/Ci5aYcuiiy
— Formula 1 (@F1) July 3, 2021
Sesi kelayakan pertama seperti biasa menyaksikan lima pelumba dengan masa sepusingan paling perlahan tersingkir dengan Kimi Raikkonen, Esteban Ocon, Nicolas Latifi serta dua pelumba Haas Mick Schumacher dan Nikita Mazepin bakal memulakan perlumbaan di grid ke-16 hingga ke-20.
Lima lagi pelumba tersingkir dari sesi kelayakan kedua dengan dua pelumba Ferrari, Carlos Sainz dan Charles Leclerc serta Daniel Ricciardo, Fernando Alonso dan Antonio Giovinazzi bakal bermula dari petak ke-11 hingga ke-15.

Pelumba Williams, George Russell membuat kejutan apabila layak ke sesi kelayakan ketiga buat pertama kali dan bakal bermula di grid kesepuluh. Ini adalah pencapaian terbaik buat pelumba muda Britain itu.
Sesi kelayakan ketiga menyaksikan saingan sengit antara Verstappen dan Norris merebut petak utama tetapi Verstappen terlalu ampuh dan berjaya memulakan perlumbaan di petak pertama ketiga berturut-turut musim ini.
Pencabar kejuaraan Lewis Hamilton sekadar di grid keempat dan bakal berhadapan perlumbaan sukar esok. Mampukah beliau mencabar Verstappen dan mengurangkan defisit mata. Saksikan Grand Prix Austria esok jam 9 malam waktu Malaysia.
Keputusan pusingan kelayakan GP F1 Austria:
1. Max Verstappen – Red Bull
2. Lando Norris – McLaren
3. Sergio Perez – Red Bull
4. Lewis Hamilton – Mercedes
5. Valtteri Bottas – Mercedes
6. Pierre Gasly – Alpha Tauri
7. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
8. Sebastian Vettel – Aston Martin
9. Lance Stroll – Aston Martin
10. George Russell – Williams
11. Carlos Sainz – Ferrari
12. Charles Leclerc – Ferrari
13. Daniel Ricciardo – McLaren
14. Fernando Alonso – Alpine
15. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
16. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
17. Esteban Ocon – Alpine
18. Nicolas Latifi – Williams
19. Mick Schumacher – Haas
20. Nikita Mazepin – Haas





Add Comment