
DENGAN 10 pemain, Belanda terpaksa tewas kepada Republik Czech pada aksi pusingan kalah mati di Puskas Arena awal pagi Isnin.
Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, ‘malang’ menimpa skuad kendalian Frank de Boer ini selepas layangan kad merah kepada pemainnya Matthijs De Ligt pada minit ke-56 permainan.

Bermain dengan sepuluh pemain memaksa Oranje terpaksa bekerja keras, namun peluang tersebut tidak disia-siakan Republic Czech dengan jaringan pertama oleh Tomas Holes minit ke-68 sekaligus bergelar ‘Man of The Match’ perlawanan ini.
🇨🇿 Most EURO final tournament goals for the Czech Republic:
⚽️5⃣ Milan Baroš
⚽️4⃣ Vladimír Šmicer
⚽️4⃣ Patrik Schick#EURO2020 | #CZE pic.twitter.com/c8PEA4MoAL— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 27, 2021
Penguasaan Republic Narodak yang dibimbing Jaroslav Silhavy ini semakin ketara dengan beberapa percubaan menambah jaringan, dan membuahkan hasil pada minit-80 menerusi Patrik Schick.

Dua gol tersebut sudah cukup untuk menyingkirkan Belanda sekaligus mara ke aksi suku akhir bertemu Denmark pada 4 Julai ini.
Add Comment