Antarabangsa

Ecuador, Peru intai peluang ke suku akhir


Copa America review 24th June. EFE

ECUADOR mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Peru dalam aksi Copa America Kumpulan B sebentar tadi sementara Brazil sedang melawan Colombia pada ketika ini.

Pada perlawanan itu, Ecuador mendapat gol hasil jaringan sendiri Renato Tapia minit ke-23 dan Ayrton Preciado mengukuhkan kedudukan pada lewat separuh masa pertama.

Namun, Peru bangkit menyamakan menerusi Gianluca Lapadula dan Andre Carrillo dalam masa lima minit pada babak kedua.

Ecuador kini mengutip dua mata manakala Peru dengan perolehan empat mata. Brazil sudah mengesahkan tempat di suku akhir sementara Colombia akan menempah tempat mereka jika meraih kemenangan.

Dalam perkembangan lain, Chile akan beraksi tanpa Maripan dan Pulgar untuk perlawanan dengan Paraguay kerana kecederaan sementara Alexis Sanchez hanya akan kembali sekiranya berjaya ke separuh akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading