Antarabangsa

Brazil raih kemenangan kontroversi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image

BRAZIL bangkit dalam perlawanan masa kecederaan babak kedua yang agak panjang diberikan pengadil sekaligus memberikan kemenangan dramatik 2-1 mengatasi Colombia di Estadio Nilton Santos, Rio de Janeiro sebentar tadi.

Pertandingan Kumpulan B Copa America 2021 itu berlanjutan sehingga 12 minit masa tambahan dan menimbulkan perasaan tidak puas hati pemain Colombia yang memerlukan mata bagi berada posisi selesa.

Daripada 15 percubaan ke arah sasaran, dua jaringan Roberto Firmino dan Casemiro berjaya memadamkan gol awal lawan pada minit ke-10.

Skuad Samba layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan dengan sembilan mata, diikuti Colombia (4), dan Peru (4).

Dua lagi slot akan ditentukan pada aksi berikutnya. Venezuela bertemu Peru di Stadium Mané Garrincha manakala Brazil menentang Ecuador di Stadium Olympic, Goiânia pada perlawanan yang berlangsung serentak, 28 Jun ini.

Sementara itu, saingan Kumpulan A awal pagi esok akan membabitkan pertemuan antara Bolivia dengan Uruguay dan Chile berhadapan Paraguay.

Pasukan pilihan, Argentina awal-awal lagi telah mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

PEMAIN :

Brazil: Weverton; Alex Sandro (Renan Lodi 62′), Thiago Silva, Marquinhos, Danilo; Fred (Lucas Paqueta 68′), Casemiro, Everton Ribeiro (Roberto Firmino 46′); Neymar, Richarlison (Gabriel Barbosa 77′), Gabriel Jesus (Everton 77′)

Colombia: David Ospina; Daniel Munoz, Davinson Sanchez, Yerry Mina, William Tesillo; Juan Cuadrado, Wilmer Barrios, Mateus Uribe, Luis Diaz (Murillo ; Rafael Borre (Cuellar 64′), Duvan Zapata (Borja 64′)

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: