
YUSSUF Poulsen berjaya mencuri perhatian peminat bola sepak dunia selepas gol terpantasnya ketika beraksi bersama Denmark menentang Belgium pada 17 Jun lepas.
Jaringan Yussuf Poulsen termasuk dalam gol terpantas kedua dalam sejarah Piala Eropah, dan gol terpantas di Euro 2020 untuk saat ini. Yussuf Poulsen mencetak gol hanya dalam masa 1 minit 39 saat.
Sayangnya, gol tunggal Yussuf tidak mampu membantu Denmark mengalahkan Belgium apabila tewas 1-2 pada aksi kedua Kumpulan B.
Tetapi tahukah anda, Yussuf Poulsen merupakan seorang pemain pasukan kebangsaan Denmark berketurunan Tanzania-Denmark.
Ayah Yussuf Poulsen adalah seorang muslim pekerja kapal kontena berasal dari Tanzania yang berkahwin dengan wanita Denmark. Namun begitu, ayahnya meninggal akibat kanser ketika Yussuf masih berusia 6 tahun.
Yussuf sebenarnya juga boleh sahaja bermain untuk skuad Tanzania. Yussuf juga sering berkunjung ke negara asal ayahnya tersebut. Namun, pada ketika ini dia selesa memilih bermain untuk Denmark.
Memulakan karier dengan kelab tempatan Denmark, Lyngby BK, reputasi Yussuf kemudian membawanya masuk ke saingan Bundesliga bersama RB Leipzig.
Karier bola sepak Yussuf semakin meningkat hingga dia meraih kepercayaan untuk memperkuat Denmark. Yussuf sering muncul sebagai barisan utama Denmark, termasuk Piala Dunia 2018 dan Euro 2020.
PROFIL :
Nama penuh: Yussuf Yurari Poulsen
Tarikh lahir: 15 Jun 1994 (usia 27 tahun)
Tempat lahir: Copenhagen, Denmark
Pasukan diwakili: Denmark
Keturunan: Tanzania dan Denmark
Tinggi : 1.92 m
Berat : 80 kg
Posisi: Penyerang
Kelab: Lyngby BK, RB Leipzig (sejak 2013)
Pasangan: Maria Duus
Orang tua: Shihe Yurary (ayah), Lene Poulsen (ibu)











Add Comment