Lain-Lain

“Kekal momentum, terus konsisten. Tahniah Bonnie lakar rekod dunia!”


PENCAPAIAN luar biasa atlet para powerlifting negara, Bonnie Bunyau apabila berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan 11th Fazza Para Powerlifting World Cup di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa.

Lebih bermakna, angkatan Bonnie 230 kilogram itu merupakan rekod dunia terbaharu.

Susulan daripada itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan penghargaan kepada atlet berusia 22 tahun ini.

“Tahniah diucapkan kepada atlet Para Powerlifting Negara, Bonnie Bunyau yang baru sahaja memenangi pingat emas di kejohanan 11th Fazza Para Powerlifting World Cup yang berlangsung di Dubai, UAE,” tulis Reezal di laman Twitter miliknya.

 

Bonnie telah memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang oleh Rustami (IRN) dengan angkatan 229kg semasa di kejohanan Para Asia Jakarta 2018.

“Satu kejayaan yang amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Semoga dapat mengekalkan momentum, terus konsisten dan bawa semangat ini ke Kejohanan Paralimpik Tokyo 2020 tidak lama lagi. Syabas Bonnie!.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d