Lain-Lain

Tiada kompromi buat semua persatuan sukan – Reezal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SEMUA persatuan sukan perlu bertanggungjawab terhadap persediaan, kesihatan dan keselamatan atlet negara agar sentiasa peka serta meneliti setiap urusan melibatkan mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dia mengambil maklum insiden dua orang atlet negara,Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi yang terlepas peluang ke Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty,Kazakhstan pada 19 dan 20 Jun 2021 ini.

“Ini berikutan kegagalan salah seorang daripada mereka melepasi ujian saringan COVID-19 yang diterima sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Pematuhan terhadap SOP hendaklah sentiasa diberi perhatian dan keutamaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Reezal berkata, keutamaan terhadap kesihatan dan keselamatan jauh lebih baik berbanding peluang atlet memperbaiki pencapaian dan prestasi mereka.

Katanya lagi, walaupun ia telah merencatkan peluang kepada kedua-dua jaguh lumba lari yang masing-masing memegang rekod emas Sukan SEA 2017 dan 2019 untuk memperbaiki kedudukan mereka di dalam ranking World Athletics keutamaan terhadap kesihatan dan keselamatan mereka jauh lebih penting.

“Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail telah diarahkan untuk sentiasa memastikan pemantauan berterusan dilakukan terhadap program-program latihan atlet negara pada setiap masa.

“Saya mendoakan dan mengharapkan kesemua lapan orang atlet yang kini berjuang di Kazakhtan akan memperolehi kejayaan yang bermakna Demi Malaysia,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: