Lain-Lain

Geran RM382,000 bantu 54 ahli gabungan MOM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyerahkan geran berjumlah RM382,000 minggu ini bagi membantu 54 ahli gabungannya yang terjejas agar dapat bertahan ketika pandemik Covid-19.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau meminta Jawatankuasa Pengurusan Amanah untuk Kumpulan Wang Amanah MOM agar mempertimbangkan pakej bantuan keempat kapada semua persatuan sukan kebangsaan di bawah naugan badan induk sukan negara ini.

Beliau berkata langkah yang diambil ini kerana menyedari cabaran dihadapi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi krisis Covid-19 yang tidak terduga.

“Saya berterima kasih kepada ahli Jawatankuasa Pengurusan Amanah untuk Kumpulan Wang Amanah MOM kerana meluluskan inisiatif penting ini bagi manfaat ahli gabungan. Ini menunjukkan solidariti dan komitmen kita dalam kesukaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Norza yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata dana tersebut bertujuan untuk meringankan perbelanjaan pentadbiran persatuan sukan kebangsaan pada saat pembatalan dan ketidakupayaan untuk menganjurkan kejohanan khususnya yang mempengaruhi aliran pendapatan.

Bantuan Covid-19 pertama MOM adalah berjumlah RM300,000 disalurkan pada April tahun lepas diikuti bantuan kedua dana RM300,000 disalurkan pada Oktober tahun lalu. – Bernama


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: