Lain-Lain

8 negara bantah penundaan Sukan Sea Vietnam 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan lapan daripada 11 negara Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) membantah cadangan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Vietnam 2021 untuk menunda temasya itu ke tahun depan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan MOM, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas secara dalam talian.

“SEAGF memanggil mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan pandangan ahli-ahlinya berhubung penundaan Sukan SEA ke-31 2021.

“Susulan peningkatan kes COVID-19 di rantau ini, adalah menjadi hasrat Jawatankuasa Pengajur Vietnam untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA edisi ke-31 dalam keadaan yang selamat dan terjamin.

“Lapan daripada 11 negara SEAGF membantah Sukan SEA ditunda disebabkan kelendar sukan yang padat tahun depan. Selain itu, kebanyakkan negara semuanya sudah melakukan persiapan,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan SEAGF akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Penganjur Vietnam dalam tempoh dua minggu ini bagi mencari penyelesaian yang kemudiannya akan dibentangkan dalam Majlis Persekutuan Sukan SEA untuk kelulusan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: