Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Bukan tekanan besar buat Harimau Malaya


Cheng Hoe mahu pemainnya memberikan tumpuan penuh pada aksi perlawanan tengah malam ini.

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melihat keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) susulan penarikan diri pasukan Korea Utara tidak memberi tekanan besar buat skuad Harimau Malaya untuk mencipta keputusan positif.

Jelasnya, dia menganggap keputusan berkenaan adalah adil dan menuntut anak buahnya berusaha mencatatkan keputusan positif pada tiga baki perlawanan akan datang.

“Perkara penting adalah fokus kepada perlawanan akan datang kerana keputusan positif memberi peluang kepada Harimau Malaya untuk ke pusingan seterusnya.

“Jika dilihat atas kertas untuk jalan selamat adalah kena menang semua perlawanan, pasukan lain pun nak kemenangan jadinya ia adalah perkara biasa.

“Oleh itu, memang perlu bekerja keras untuk dapatkan keputusan positif namun tidak bermakna ia memberi tekanan tinggi kepada pasukan cuma adalah cabaran sebagai jurulatih,” katanya

Terdahulu, Fifa mengumumkan mekanisma yang akan dilaksanakan dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 susulan penarikan diri pasukan Korea Utara.

Berdasarkan surat yang dikeluarkan badan induk bola sepak dunia itu, keputusan perlawanan pasukan Kumpulan H dengan Korea Utara sebelum ini tidak akan dikira atau dibatalkan.

Namun, Malaysia tetap masih berpeluang untuk layak secara automatik ke pusingan seterusnya kelayakan jika berjaya mendapat keputusan positif dalam baki tiga perlawanan dan bergelar juara kumpulan.

 

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: