
SETIAP yang bermula, akan berakhir. Itu mungkin boleh digambarkan mengenai jasa dan peranan kitman Liverpool, Graham Carter yang bersara dari lapangan bola sepak selepas 35 tahun.
Mungkin kelibatnya tidak dikesan penonton tetapi ‘tugas dan kerja’ dilakukan Carter sebenarnya memudahkan skuad The Reds acap kali bertanding dalam mana-mana perlawanan domestik mahupun antarabangsa.
Berusia 69 tahun, Carter memulakan pekerjaan sebagai pemandu bas kelab pada tahun 1970-an sebelum bergabung dengan kakitangan Gerard Houllier pada tahun 1999.
“Kitman terbaik yang pernah saya miliki dan sangat bagus di sini, tetapi dia adalah pekerja yang paling berpengalaman yang pernah saya miliki.
“Tokoh ayah, tokoh datuk, apa sahaja yang anda mahukan. Saya akan terlepas pelukan sebelum perlawanan. Graham suka percutian jadi saya fikir kita akan merindukannya mungkin lebih daripada dia merindukan kita.
“Tetapi saya tidak sabar untuk melihatnya di Anfield sebagai penyokong, dengan cucu-cucunya. Mereka boleh berbangga dengan datuk mereka atas apa yang telah dilakukannya dalam kariernya,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dipetik dari thisisanfield.com.
Sementara itu, Jordan Henderson juga memberikan penghormatan tertinggi buat Carter yang menjadikan kelab ini berdiri megah seperti sekarang.
“Selamat tinggal khas untuk Graham Carter yang telah menjadi kitman selama lebih dari 30 tahun dan layanan yang luar biasa untuk kelab bola sepak ini.
“Orang seperti Graham adalah yang menjadikan kelab ini seperti sekarang dan saya mengucapkan selamat bersara kepadanya,” tulis Henderson di Instagram.





Add Comment