Bola Sepak Terkini

Mesin gol sudah tiba


Gomes (kiri) dan Andriano menjadi taruhan baharu MUFC.

PENYERANG dari Brazil, Giovane Gomes da Silva dan Adriano Aparecido Narcizo menjadi taruhan terbaharu kelab bolasepak Melaka United (MUFC) dalam misi memperbaiki kedudukan dalam baki saingan Liga Super yang akan bersambung Julai nanti.

Giovane, 26, bermain dalam Serie D, Brazil mewakili kelab Ser Caxias do Sul manakala Adriano, 26, juga dari liga yang sama pula beraksi untuk kelab Galvez Esporte Clube

Perkhabaran ini dikongsikan MUFC menerusi laman rasmi FB Mufc yang memaklumkan kedua-dua pemain itu akan menggantikan pemain import dari Montenegro, Stefan Nikolic dan penyerang dari Brazil, Alex Goncalves.

Majlis memperkenalkan pemain dan menandatangani kontrak kedua-dua pemain ini disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim.

Jelas Justin Lim, pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua pemain import tersebut diharap menjadi senjata baharu kepada pasukan untuk barisan lebih mantap sekali gus mempertajamkan barisan depan,” kata Lim.

Selepas 13 aksi perlawanan Liga Super, Melaka United terus bergelut dengan prestasi apabila terhumban di kedudukan kedua tercorot dengan 11 mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading