Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Misi enam mata Vietnam di Dubai, bakal berdepan Harimau Malaya 11 Jun ini


Malaysia bakal berdepan dengan Vietnam pada Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Dunia 2023 bagi Kumpulan G 11 Jun ini. Foto: AFP

PASUKAN Vietnam membawa 29 pemain bagi mengharungi cabaran Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal Jun ini.

Pengendali pasukan kelahiran Korea Selatan, Park Hang-seo mengumumkan senarai pemain-pemain yang terdiri daripada muka lama dan baharu termasuk bintang muda mereka, Nguyen Hai Long.

The Golden Dragons dijangka  terbang ke Dubai petang ini, seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca.

Apa yang pasti, pasukan ini antara mencabar sengit yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya bagi saingan Kumpulan G yang menyaksikan Vietnam kini mengetuai kedudukan teratas dengan 11 mata selepas 5 perlawanan pada pusingan sebelum ini.

Skuad Harimau Malaya tiba di Dubai lebih awal menjalani latihan terakhir sebelum aksi sebenar. Foto: FAM

Malah mereka mencatat rekod bersih tanpa kalah termasuk dengan dua keputusan seri.

Pada aksi dua tahun lalu, Malaysia kalah tipis 0-1 dengan Vietnam dan kedua-dua pasukan ini bakal berentap sekali lagi bagi Pusingan 2 ini pada 11 Jun depan.

Hang-seo mensasarkan untuk mengutip 6 mata penuh daripada baki tiga perlawanan bagi mengukuhkan kedudukan ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia buat julung kalinya.

Sementara itu, pasukan Harimau Malaya tiba lebih awal di Dubai sejak Khamis  dan turut mengadakan perlawanan latihan bertemu Kuwait Ahad lalu yang menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe tewas 1-4, manakala aksi pemanas badan terakhir bertemu Bahrain Jumaat ini bagi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

KEDUDUKAN KUMPULAN G

  1. Vietnam 11 mata
  2. MALAYSIA 9 mata
  3. Thailand 8 mata
  4.  UAE 6 mata
  5.  Indonesia 0 mata

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading