Bola Sepak Semasa Terkini

Bukan Syazwan Andik tetapi Nazirul Naim

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nazirul Naim sah menyertai Sabah FC bagi memperkuatkan pasukan mengharungi baki saingan.

THE Rhinos mengesahkan mengikat bekas pertahanan kiri skuad kebangsaan, Nazirul Naim Che Hashim dari Perak FC bagi memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir berkata pihaknya menerima maklum balas dari bekas majikannya itu mengenai pelepasan pemain itu.

“Kami berharap pemain berusia 28 tahun itu akan menguatkan dan memantapkan lagi barisan pemain pertahanan Sabah FC, ” jelas menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Pemain kelahiran Kuala Kangsar yang bermain bersama Perak sejak 2016 itu baru-baru ini memohon pelepasan daripada pengurusan Perak FC dan menjadi pemain terbaru yang meninggalkan Perak selepas Shahrul Saad dan Guilherme De Paula berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala Kenny Pallraj dan J.Parthiban menyertai KL City FC.

Sabah FC turut melepaskan dua pemain mudanya, Evan (kiri) dan Arius ke KUFC sebagai pemain pinjaman.

Dalam perkembangan sama, Marzuki mengesahkan dua pemain muda Sabah FC yang juga merupakan bekas pemain skuad B19 kebangsaan, Arius Dius Jais dan Evan Wensley Wenceslaus akan dipinjamkan selama 6 bulan kepada pasukan Kelantan United FC untuk baki saingan Liga Premier musim ini.

“Pihak pengurusan Sabah FC ingin melihat kedua-dua pemain muda ini berkembang dan menimba pengalaman bermain bersama kelab lain seperti Kelantan United sekaligus menambahkan lagi minit permainan mereka. Selain dapat meningkatkan mutu permainan dan keyakinan ia juga baik untuk Sabah FC pada masa akan datang,” ujar Marzuki.

Arius dan Evan yang berusia 23 tahun akan menguatkan lagi barisan pemain Kelantan United dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua pemain berhijrah ke pasukan lain selepas bermain bersama pasukan B19 Sabah sejak 2016 sebelum Evan dinaikkan ke skuad senior pada 2018 dan Arius pada 2019.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: