Bola Sepak Semasa Terkini

DSV dedah empat perkara perlu ‘dibedah siasat’ sebelum mahu ambil alih Perak FC, “Penyokong The Bos Gaurus okay tak?”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

DSV kembali ke dunia bola sepak kerana minatnya serta membantu pengurusan pasukan yang bermasalah.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

AHLI perniagaan terkenal tanah air Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menimbangkan beberapa syarat sekiranya mahu mengambil alih pasukan Perak FC.

Beberapa hari lalu jutawan kosmetik yang lebih dikenali Datuk Seri Vida (DSV) dikaitkan dengan The Bos Gaurus yang dilanda masalah pengurusan musim ini.

Menurut DSV, setakat ini pihaknya masih belum mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak pengurusan Perak FC.

“Saya menunjukkan minat ini memandangkan saya tengok kemerosotan bola sepak di Malaysia, dan  bukan disebab pandemik sebab saya tengok dua tahun lepas pun sudah suram. Jadi saya mungkin pun boleh mambantu jika satu pihak boleh mencetuskan ideologi baharu untuk bola sepak.

“Saya  kembali ke dunia bola sepak kerana atas dasar minat saya sebenarnya, tetapi saya juga melihat perlunya ada individu yang berani tampil membantu industri sukan yang agak tenat dengan masalah pengurusan sesebuah pasukan. Kali ini kalau kena gayanya, kena dengan keperluan untuk platform perniagaan terutamanya, jadi boleh membantu perniagaan saya dan kegemilangan bola. Kira win-win situation.

“Namun sebelum itu saya kena tengok dan bincang overhead, maintainance dan kos-kos yang kena tanggung. Nanti lebih mahal daripada sponsor… jenuh (teruk).

“Saya kena tengok dalam keadaan apa return saya akan dapat dengan bajet yang dikeluarkan oleh pengurusan sebelum ini, kena timbang balik,” kongsinya kepada Cakap Sukan.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di laman Instagramnya, DSV  dilihat meninjau Stadium Perak hari ini.

“Saya ‘nikan’ berpengalaman. Sebelum buat apa-apa saya perlu tengok tinjau dan kena buat post mortem dulu, tak boleh silap lagi. Dulu pun bukan silap tetapi memandangkan senario bola sepak negara yang banyak punya ‘hanky panky’, so sekarang saya pergi tengok sendiri.

“Sebelum ambil alih The Bos Gaurus kena buat kajian mengenai maintainance, macam mana dengan gaji pemain, macam mana dengan senario dan bagaimana dengan saya punya return. Investment ni, takkan keluar-keluar…masuk mana?

Support beli produk tak? Beli Pamoga tak? Beli perfume aura tak? Kalau support datang (ke stadium) yes, sekarang juga kita ‘cop’ untuk memiliki dan build up balik kegemilangan industri bola sepak negara,” ujarnya dalam rakaman video berdurasi 2:55s itu.

Tambah DSV, beliau memerlukan pendapat penyokong bola sepak sebelum mengambil alih pasukan ini.

You all please bagitau… okay tak saya miliki pasukan ini. Wajar atau tidak wajar dengan keadaan sekarang. Saya memerlukan pendapat dan komen daripada semua… perlukah saya milik team ini?.

“Saya perlukan pendapat you all, pendapat berbisa, pendapat padu bernas dan idea yang mantap,” ujarnya dalam rakaman video tersebut.

DSV pernah menaja pasukan Kelantan musim 2015/2016 sebelum ini.

DSV dengan bola sepak memang tidak asing lagi apabila sebelum ini beliau pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan lebih daripada RM16 juta untuk dua musim.

Apakah penyokong-penyokong The Bos Gaurus bersedia melihat kemungkinan warna Stadium Perak FC bakal ditukar baharu seperti mana yang yang dilakukan perubahan terhadap Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dengan warna kegemarannya merah jambu pada tahun 2015.

Sejak awal musim Liga Malaysia berlangsung, Perak FC dicalit dengan masalah pembayaran gaji pemain dan pengawai sehingga menyaksikan beberapa pemain angkat kaki ke pasukan lain.

Skuad yang dikendalikan Chong Yee Fatt ini kini menduduki tangga ke-10 Liga Super dengan mengumpul 12 mata daripada 13 perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: