
SELEPAS saingan Liga M3 ditunda kini giliran kejohanan Piala Presiden, Piala Belia dan MPFL pula berdepan nasib yang sama.
Keputusan ini diambil berdasarkan lanjutan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dari 12 Mei lalu hingga 7 Jun depan dan situasi semasa penularan pandemik COVID-19.
Menerusi kenyataan di laman FB FAM, sesi perbincangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung SOP Pertandingan Piala Presiden, Piala Belia, Liga M3 & MPFL 2021 secara dalam talian telah diadakan.
“Pada mesyuarat tersebut, MSN yang diwakili Ketua Pengarahnya, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail telah menerima dan meneliti Kertas Kerja (Garis Panduan Pengelolaan Perlawanan & Peraturan Khas COVID-19) bagi pertandingan Piala Presiden, Piala Belia, Liga M3 dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi musim 2021 yang telah diserahkan FAM menerusi setiausaha agungnya, Stuart Ramalingam.
“Lanjutan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dari 12 Mei lalu hingga 7 Jun depan dan situasi semasa penularan pandemik COVID-19, pertandingan-pertandingan tersebut yang dijadualkan bermula di antara awal hingga pertengahan Jun itu perlu ditangguhkan terlebih dahulu.






Add Comment