PESTA kemenangan Leicester City menjuarai Piala FA ‘diserikan’ dengan kibaran bendera Palestin di Wembley, London.
Gol hebat Youri Tielemans di minit ke-63, cukup membawa Leicester membenam Chelsea pada perlawanan yang berlangsung sengit.
Selepas tamat pertandingan, para pemain Leicester berlari keriangan menyambut kemenangan sehinggalah ada salah satu situasi yang menarik perhatian.
Dua pemain Leicester, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana, membentangkan bendera Palestin. Mereka memberikan sokongan padu kepada Palestin, yang tengah ditindas Israel.
Sepanjang proses penyampaian hadiah, Choudhury masih membawa bendera Palestin. Bahkan, ketika pemain tengah berusia 23 tahun itu mengambil pingat juara, benderanya masih dibawa di bahunya.
Choudhury sememangnya pemain muslim Leicester dan terus memberikan sokongan moral kepada pejuangan Palestin, yang sedang menjadi sasaran serangan Israel.
Di Twitter misalnya, Choudhury, yang berdarah Bengal, juga berkempen untuk Leicester , yang bermaksud ‘Bebaskan Palestin’.
Add Comment