Antarabangsa Bola Sepak

Piala FA England : Siapa yang menang ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

FOTO: Getty Images

PERLAWANAN akhir Piala FA England mungkin merupakan final paling dekat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua jurulatih, Thomas Tuchel dan Brendan Rodgers akan bertanding untuk memenangi trofi pertama mereka dalam bola sepak Inggeris ketika Chelsea dan Leicester City bertemu di final Piala FA tengah malam ini di Wembley.

Ini adalah pertembungan yang akan menyaksikan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris berhadapan untuk memenangi pertandingan piala tertua dalam bola sepak, dengan Piala FA pertama kali dipertandingkan pada tahun 1871-72.

Tetapi, segalanya terarah kepada tahap kecergasan pemain pertahanan Leicester, Jonny Evans. Sekiranya dia gagal cergas 100 peratus, sukar untuk melihat bagaimana The Foxes dapat menahan pemain penyerang Chelsea.

The Blues, telah menjadi salah satu pasukan terbaik di Eropah dalam masa singkat sejak dikendalikan Thomas Tuchel.

Mereka mempunyai ancaman gol dan pertahanan yang tersusun untuk menang dan menyiapkan diri untuk merangkul piala berganda menjelang final Liga Juara-Juara.

Adakah peminat dibenarkan masuk ke Wembley?

Image

Ya. Seramai 21,000 orang, yang terbesar di England sejak sekatan COVID-19 dikenakan pada bulan Mac 2020, akan hadir.

Kehadiran 8,000 penonton telah dibenarkan untuk final Piala Carabao di Wembley antara Man City dan Tottenham bulan lalu dan, dengan bukti kejayaan itu, had penonton telah dinaikkan untuk perlawanan Sabtu.

Penyokong tidak perlu diberi vaksin untuk masuk, tetapi mereka harus memberikan keputusan ujian COVID-19 negatif dalam masa 36 jam sebelum perlawanan bermula.

Pertandingan ini ditetapkan sebagai acara ujian oleh pemerintah UK sama ada berjaya atau sebaliknya yang akan mempengaruhi jumlah peminat dibenarkan menonton pertandingan Euro 2020 di Wembley pada bulan Jun dan Julai depan.

Siapa pengadil?

Image
Michael Oliver

Michael Oliver akan mengambil alih tugas sebagai pengadil, dengan Stuart Burt dan Simon Bennett menjalankan tugas sebagai pembantunya. Stuart Attwell telah dilantik sebagai pegawai keempat setelah kecederaan dialami Paul Tierney. Sian Massey-Ellis akan menjadi pegawai wanita pertama yang terlibat dalam final, setelah dilantik sebagai pembantu video pembantu pengadil VAR, Chris Kavanagh.

Ramalan Cakap Sukan : Chelsea 2-1 Leicester


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: