Antarabangsa Bola Sepak

Maaf, Ronaldo tidak kembali ke Sporting

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image

HAJAT menggunung ibu Cristiano Ronaldo melihat anaknya kembali memperkuat Sporting CP tidak kesampaian. Ronaldo dikatakan akan kekal lagi di Juventus musim depan.

Masa depan Ronaldo kembali menjadi spekulasi selepas kenyataan Dolores Aveiro yang menginginkan anaknya kembali ke Portugal, dan memperkuat Sporting.

Secara kebetulan. kejayaan Sporting muncul juara Liga Portugal musim ini semakin mengukuhkan isu tersebut.

Apatah lagi Ronaldo digosipkan tidak lagi mahu bermain dengan Juventus, terutamanya apabila prestasi buruk pasukan musim ini. Juventus berkemungkinan gagal layak ke Liga Juara-Juara kerana menduduki tangga kelima liga dengan berbaki dua perlawanan.

Begitupun, harapan ini bakal tinggal harapan memandangkan ejen Ronaldo, Jorge Mendes memastikan pemain itu tidak akan bergabung ke Sporting musim depan

“Cristiano sangat bangga melihat Sporting muncul juara liga dan dia sudah menunjukkan di depan umum. Tapi. untuk saat ini, Portugal tidak termasuk dalam perancangan karier Ronaldo,” ujar Mendes kepada Record.

Setelah lulus dari akademi Sporting, Ronaldo bermain 25 kali dan menghasilkan tiga gol untuk skuad senior sebelum berpindah ke Manchester United pada 2013.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: