Bola Sepak Semasa Terkini

Keadaan padang jejaskan rentak permainan; Nafuzi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Keadaan padang Stadium MBPJ pada masa rehat separuh masa pertama.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

KEADAAN padang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dilihat seakan bendang jelas mengecewakan pengendali Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain yang menyifatkan situasi itu menjejaskan prestasi anak buahnya untuk beraksi cemerlang.

Jelasnya, rentak dan momentum anak buahnya sering terganggu malah gagal merencanakan serangan apabila keadaan padang membataskan pergerakan ke kubu lawan.

“Pada babak awal perlawanan pemain hilang fokus dan gagal mengikut strategi yang diterapkan sekali gus gagal menghasilkan sebarang gol yang memberi peluang kepada Selangor FC mengawal perlawanan.

“Ditambah pula keadaan padang seperti ini (becak dan rosak) sekali gus menyebabkan moral pemain terganggu.

“Malah, kualiti permainan juga terjejas apabila tengok keadaan padang rosak dan bernasib baik Terengganu dapat jaringkan gol pada minit akhir perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan malam kelmarin, Terengganu FC bangkit membuktikan mereka pasukan yang berada di kelas tersendiri apabila berjaya menundukkan Selangor FC 2-1.

Namun, perlawanan itu menyaksikan corak permainan kedua-dua pasukan agak terganggu apabila keadaan padang agak becak dan teruk disebabkan terlalu kerap digunakan selain cuaca hujan sejak kebelakangan ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: