Bola Sepak Semasa Terkini

Ifedayo selamatkan maruah Selangor FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

PENYERANG prolifik Selangor FC, Ifedayo Omosuyi menyelamatkan maruah pasukan apabila meledak dua gol dipenghujung babak kedua bagi membantu kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya City FC (PJFC) sebentar tadi.

Dua gol dalam tempoh enam minit yang dihasilkan pemain yang dinobatkan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu itu mengukuhkan kedudukan mereka ditangga ke lima liga dengan mengumpul 18 mata selepas 11 perlawanan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, PJFC selaku tuan rumah terlebih dahulu mendahului lawan pada minit ke-25 hasil jaringan V Ruventhiran yang melakukan rembatan menewaskan Khairulazhan dan keputusan berkenaan kekal sehingga tamat babak pertama.

Ketika DNA Jerman dan maruah Selangor FC bakal menjadi bualan pemerhati bola sepak, Ifedayo memastikan keadaan sebaliknya apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-88 dan 94 untuk memastikan tiga mata mutlak buat Selangor FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: