Antarabangsa Bola Sepak

‘UEFA tak bincang pun dengan jurulatih’


PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel, kurang senang dengan format baharu Liga Juara-Juara. Dia memberitahu bahawa UEFA tak pernah berbincang terlebih dulu dengan jurulatih dan pemain.

UEFA mengumumkan perubahan format Liga Juara-Juara yang akan dilaksanakan pada musim 2024. Langkah ini diambil ketika banyak pihak berang dengan isu penubuhan Liga Super Eropah.

“Saya tidak yakin adakah saya menyukainya kerana saya hanya dapat melihat lebih banyak pertandingan pada awalnya, lebih banyak pertandingan dalam jadual yang kami ada.

“Sangat sukar bagi saya untuk bersemangat sama sekali. Semua berbincang tentang Liga Super Eropah yang terus membuat kami lupa bahawa kami akan segera memiliki format baru Liga Juara-Juara.

“Adakah mereka bertanya kepada mana-mana jurulatih  tentang ini? Saya rasa tidak. Mereka tidak bertanya kepada saya. Adakah mereka juga bertanya kepada mana-mana pemain tentang ini? Saya rasa tidak,” kata Tuchel seperti dilapor Irish Time.

Dalam format Liga Juara-Juara yang baru,  pasukan bertanding akan bertambah daripada 32 menjadi 36. Pada peringkat kumpulan, para pasukan akan bermain minima 10 perlawanan berbanding dalam format sekarang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading