Bola Sepak Semasa Terkini

Syamim akui prestasi tidak menentu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Syamim (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas meledak gol kedua pada aksi menentang Selangor FC, Ahad lalu.

PEMAIN tengah Melaka United FC, Ahmad Syamim Yahya mengakui prestasinya masih tidak menentu selepas mengharungi sembilan aksi Liga Super 2021 namun tekad terus memperbaiki kelemahan bagi membantu pasukan yang kini di tangga ketiga tercorot.

Musim kedua bersama Melaka, Syamim berjaya meraih gol pertamanya ketika menentang Selangor FC pada minggu lalu selepas kali terakhir dia menjaringkan gol adalah pada 2019 ketika bersama Terengganu FC.

Semestinya, gol sulung itu memberi semangat baharu kepada pemain berusia 30 tahun ini untuk cuba beri impak lebih besar kepada pasukan untun meraih kemenangan apatah lagi mereka kini sedang bergelut dengan prestasi.

Tidak menolak tekanan makin dirasai, Syamim percaya rakan sepasukan yang lain dapat mengatasi cabaran untuk aksi seterusnya selain berharap dua baki perlawanan sebelum berakhir pusingan pertama Liga Malaysia dapat memihak kepada mereka.

“Sememangnya jaringan gol minggu lalu beri semangat yang positif kepada saya dan saya akan kerja dengan lebih keras untuk cuba meledak gol lagi selepas ini.

“Saya tidak menafikan prestasi saya ada turun naik sebelum ini, tetapi bersyukur apabila masih diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama dan saya sentiasa berusaha keras untuk lebih konsisten perlawanan demi perlawanan.

“Untuk pasukan, perlawanan masih banyak lagi pada musim ini, jadi saya positif kita sempat untuk perbaiki kedudukan dengan lebih baik, dan aksi menentang Perak FC pada Ahad ini, kita kena perlu lebih serius sebab bagi saya, Perak masih lagi antara pasukan terbaik”, katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: