
Oleh : Subkhi Sudarji
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memperlihatkan ketrampilannya dan kewibawaan selaku peneraju badan induk bola sepak Malaysia apabila mengetuai barisan skuad Harimau Malaya menerima suntikan vaksin COVID-19, hari ini, pada program imunisasi COVID-19 kebangsaan.
Selepas Hamidin ia disusuli Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebelum ketua pasukan Harimau Malaya , Aidil Zafuan Abd Radzak.
Hamidin bersama Cheng Hoe dan Aidil merupakan kelompok paling awal sekitar jam 10.30 pagi menerima suntikan di Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint, Putrajaya.
Seramai 78 individu merangkumi pegawai, barisan kejurulatihan dan pemain dipilih untuk menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu.
Semua mereka akan menerima suntikan kedua pada 10 Mei ini.
Sebagai rekod, skuad kebangsaan mendapat berita yang ditunggu-tunggu selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan mereka akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Rabu lepas.
[videopress bvpznJqa]





Add Comment