Bola Sepak Semasa Terkini

Tugas berat buat Tok Gajah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain perlu mempamerkan aksi luar biasa berdepan JDT malam ini jika mahukan keputusan positif dilakar.

Oleh : Subkhi Sudarji

BUKAN sahaja semangat juang sepenuh jiwa yang perlu dipersembahan barisan pemain Sri Pahang FC tetapi juga keajaiban pada aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Jika sebelum ini pertembungan antara dua gergasi bola sepak tempatan sememangnya dinantikan bukan sahaja peminat kedua pasukan malah pesaing lain yang mengharapkan keciciran mata.

Namun kini jika melihat prestasi semasa ia bukanlah sesuatu yang dianggap “sulit” berdasarkan kedudukan Sri Pahang FC yang terperosok ditangga kedua liga terbawah manakala JDT gah memimpin liga dengan kelebihan empat mata berbanding pencabar ditempat kedua, Kedah Darul Aman FC.

Memang bola itu bulat tetapi prestasi semasa juga menjadi ukuran kerana ia antara salah satu elemen yang perlu ada dalam pasukan setiap kali beraksi.

Sesuatu perlu dilakukan Dollah Salleh pada aksi malam ini jika ini mengakhiri perlawanan dengan senyuman sebagaimana dilakukan ketika berdepan Terengganu FC sebelum ini.

Dollah mungkin akan mempertaruhkan pemain tempatan khususnya dijentera serangan memandangkan impak import selepas lapan perlawanan sebelum ini begitu hambar.

Benteng import yang dikekalkan musim ini Herold Goulon juga tidak beraksi malam ini ekoran kecederaan yang dialaminya dan ini sudah pasti tugas berat perlu dipikul rakan sepasukan lain bagi merantai nafsu ledakan gol penyerang import Harimau Selatan, Bregson Da Silva

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: