Oleh: Hidayah Ab Ghani
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) telah menerima surat penjelasan daripada pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Speedy Jantan’.
Menurut laporan, Khairul Hafiz juga menyatakan sebab-sebab beliau kembali ke pangkuan bekas jurulatih, Mohd Poad Md Kassim namun, tidak didedahkan secara terperinci dalam surat berkenaan.
Perbincangan mengenai perkara itu antara beliau, KOM, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Mohd Poad dan Pengarah Teknikal KOM, Dwayne Miller masih berjalan dan ia berlangsung dengan baik.
“Surat kepada KOM sudah dihantar dan saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa ada sebarang pengesahan. Apa boleh saya katakan semuanya berjalan mengikut prosedur betul dan saya harap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya kepada BERNAMA, semalam.
Pemenang pingat emas 100m Sukan SeA 2017 itu memberitahu, beliau tidak berasa tertekan dan sudah menjangkakan isu perpindahannya bakal menjadi perhatian.
Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal masing-masing menyatakan keputusan untuk kembali kembali berada di bawah bimbingan Mohd Poad, adalah satu langkah terbaik demi kemajuan prestasi dalam tempoh jangka panjang dengan aspek keserasian yang sudah terbina menjadi faktor
utama.






Add Comment