Bola Sepak Terkini

CakapSukan dan Sri Pahang FC akhirnya bersemuka


Izahar (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Suffian sempena kunjung ke pejabat Sri Pahang FC, sebentar tadi.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli

JALINAN kerjasama dua hala dalam dunia sukan tempatan terus dibina CakapSukan apabila mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Sri Pahang FC, sebentar tadi.

Kehadiran team CakapSukan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Izahar Atan disambut mesra Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang.

Turut sama Wartawan CakapSukan, Subkhi Sudarji dan Jurufoto, Izari Rosli.

Kunjungan CakapSukan ke Kuantan hari ini juga bagi membuat liputan perlawanan Liga Super diantara Sri Pahang FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Izahar berkata, menjadi hasrat kami untuk membina hubungan dengan semua pengurusan kelab – kelab bola sepak dan persatuan sukan di Malaysia.

“Terima kasih Sri Pahang FC menerima kunjungan , banyak perkara dikongsikan bersama yang menyentuh aspek hubungan pengurusan dengan media.

“Harapan kami kerjasama  ini memberikan manfaat bagi memastikan dan merancakkan dunia bola sepak tempatan,” jelasnya.

Kunjungan ke pejabat Sri Pahang FC merupakan yang kedua selepas Terengganu FC, 9 Mac lalu.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading