Gaya Hidup Lain-Lain

UNIFI eMFL Liga Super 2021 musim kedua tawarkan RM50,000

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Ab Ghani (dua,kiri) bersama sebahagian penaja kejohanan Unifi eMFL 2021 pada majlis pelancaran hari ini.

Oleh : Hidayah Ab Ghani

KEJOHANAN sukan  elektronik bola sepak UNIFI eMFL Liga Super 2021 musim kedua kini kembali menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 bakal menjadi rebutan pada aksi yang bermula 20 April hingga 9 Mei nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan berkata,  tawaran hadiah kali ini menjadi angka paling tinggi dalam sukan elektronik bagi permainan FIFA 21 di Malaysia.

Katanya, unifi eMFL Liga Super itu turut membuka peluang kepada semua pihak untuk menunjukkan potensi mereka di masa akan datang sekali gus unifi eMFL Liga Super mampu menjadi salah satu platform pembangunan atlet sukan elektronik pada masa akan datang.

” Kenaikan nilai hadiah pertandingan bernilai RM50,000 jelas memberikan suntikan moral kepada barisan pemain yang akan bermain dalam unifi eMFL Liga Super nanti,” ujarnya berucap selepas majlis pelancaran Unifi eMFL Liga Super 2021 di Wisma FAM, hari ini.

Unifi eMFL Liga Super 2021 dipersetujui oleh industri permainan video merangkap penerbit siri permainan FIFA, Elektronic Arts (EA) juga menyaksikan MFL menjadi satu-satunya rakan kongsi liga rasmi bersama EA Sports di Asia Tenggara.

Pemain-pemain yang terpilih dan hadir ke majlis hari ini difahamkan terdiri daripada kalangan 12 orang pemain Malaysia yang menduduki tangga teratas dalam peringkat FIFA.

Majlis pelancaran dan undian Unifi eMFL Liga Super 2021 turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah, Datuk Kamarul Ariffin dan Pengarah Am Peraturan dan Pengurusan Telekom Malaysia Selangor, Azrin Aris.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: