
Oleh : Subkhi Sudarji
TIADA seorang pun pemain akan terus kekal dalam kesebelasan utama pasukan jika tidak melakukan kerja keras dalam sesi latihan mahupun aksi sebenar di atas padang.
Menyifatkan semua pemain adalah yang terbaik yang menjadi punca kebangkitan Sabah FC di separuh masa kedua, perubahan taktikal dijelmakan juga nyaris memastikan Penang FC hampir gigit jari digelanggang sendiri dengan rekod tanpa kalah lebur sebelum perlawanan beraksi dengan keputusan seri 1-1.
Bagi pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto dia sering memperingatkan pemainnya agar tiada jaminan diberikan kepada pemain untuk mereka kekal dalam kesebelasan pasukan.
“Saaya percaya dengan pemain, mereka perlu bekerja keras kerana tiada jaminan seandainya tidak beraksi sebagaimana diharapkan, kesemua 20 pemain yang datang malam ini adalah yang terbaik dalam Sabah FC, jadi mereka perlu buktikan.
“Alhamdulillah satu mata yang berharga, walaupun kami hadir berdepan reputasi Penang FC yang hanya tewas sekali sahaja tetapi memberikan aksi yang luar biasa,” tegasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Pada aksi di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Sabah FC terlebih dahulu didepan hasil jaringan Saddil Ramdani minit ke 52 sebelum penyerang berbisa tuan rumah, Casagarande menyelamatkan maruh pasukan dengan gol penyamaan pada minit ke 86.
Add Comment