Antarabangsa Bola Sepak

Inter bakal akhiri dominasi Juventus

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KEMENANGAN Inter Milan ke atas Genoa 1-0 pada minggu ke-30 Serie A 2020-2021 mengukuhkan posisi mereka dengan 74 mata.

Inter juga semakin dekat dengan trofi Liga Itali pertama mereka sejak 2010. Jika mampu menjuarai liga musim ini, Inter akan menamatkan dominasi Juventus yang menjadi juara dalam sembilan tahun terakhir.

Jurulatih Inter, Antonio Conte, berbangga dengan perkembangan pasukannya yang mengganggu dominasi Juventus. Menurut Conte, Inter adalah pasukan yang stabil dan seimbang.

Walaubagaimanapun, Conte tidak mahu terlena dengan keadaan Inter sekarang. Jurulatih asal Itali itu menegaskan, bahawa Inter masih memiliki lapan pertandingan liga sebelum musim berakhir.

“Kami terbukti menjadi skuad yang stabil dan seimbang. Kami mengumpulkan 81 mata (di Liga Itali) dan bermain dalam final Liga Eropa pada musim lalu. Juventus mendominasi dekad terakhir, tetapi kami mampu mengubah hanya dalam satu setengah tahun,” ujar Conte, dipetik Football Italia.

Bagaimanapun, Conte kurang berpuas hati kerana banyak pihak lebih fokus kepada kegagalan Inter dalam saingan Eropah, baik Liga Europa maupun Liga Juara-Juara.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: