Badminton Terkini

Terbuka Poland: Gelaran beregu lelaki sudah dalam tangan


KEJUARAAN beregu lelaki Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland sudah pasti milik Malaysia selepas dua gandingan muda negara akan bersaing di pentas final petang ini waktu Malaysia.

Gandingan Chang Yee Jun-Chia Weijie akan membuat perhitungan dengan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, selepas masing-masing mengetepikan lawan mereka di separuh akhir awal pagi tadi.

Yee Jun-Chia Wiejie bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menghampakan pasangan tuan rumah, Milosz Bochat-Adam Cwalina 20-22, 21-10, 21-13 dalam pertarungan selama 46 minit.

Wie Chong-Kai Wun kemudian mengesahkan tempat mereka dengan cara lebih mudah apabila turut mengetepikan cabaran wakil tuan rumah, Robert Cybulski-Przemyslaw Szydlowski 21-10, 21-12 dalam masa 21 minit.

Harapan untuk menyaksikan pertarungan antara dua wakil perseorangan negara di final tidak kesampaian apabila hanya Ng Tze Yong dapat meloloskan diri.

Tze Yong mara selepas menewaskan rakan sepasukan yang juga juara remaja Asia 2017, Leong Jun Hao 21-12, 21-12 dalam aksi selama 45 minit.

Sebelum itu, seorang lagi wakil negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin tunduk kepada pilihan kedua, Pablo Abian dari Sepanyol dalam pertemuan separuh akhirnya.

Aidil Sholeh tewas 14-21 di set pertama sebelum menarik diri di set berikutnya ketika ketinggalan 14-16.

Terdahulu, gandingan beregu campuran, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei lebih awal mengesahkan tempat mereka di final selepas menundukkan Milosz Bochat-Wiktoria Adamek 21-12, 21-6.

Di final, mereka akan menentang Nicolas Mueller-Ronja Stern dari Switzerland di final selepas lawan itu menundukkan pasangan Rusia Radion Kargaev-Viktoria Vorobeva Rusia. 21-17, 13-21, 21-14.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading