
Oleh : Mohd Fahmi Ismail
PERMAINAN futsal menjadi antara medium terbaik buat anak muda menjauhkan diri daripada terlibat aktiviti yang tidak berfaedah.
Baru-baru ini, bertempat di gelanggang futsal Kampung Tanah Lalang, Bagan Datuk para belia sekitar sini berkumpul untuk beriadah bersama-sama.

Menurut Pembantu Tadbir Maahad Tahfiz Al Quran Addin Vokasional 20 Tanjung Bayan, Muhammad Sya’aban Aleham, sudah menjadi rutin belia kampung memanfaatkan kemudahan gelanggang futsal untuk bersama-sama berkumpul bermain futsal.
“Selain dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan, penglibatan anak muda dengan sukan ini dapat mencegah daripada mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
“Malahan, mereka mengikut SOP ditetapkan pihak kerajaan sepanjang aktiviti berlangsung,” katanya.

Muhammad Sya’aban juga berharap lebih banyak aktiviti seperti ini dilakukan pada malam hari sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama belia dan penduduk.





Add Comment