Bola Sepak Semasa Terkini

Yee Fatt tetap gembira

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

KETUA jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt tetap gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya meskipun gagal mencatatkan kemenangan pada perlawanan Liga Super 2021 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh itu menyaksikan Perak gagal mempertahankan kelebihan 2-0 sehingga tamat 90 minit.

“Kami mahukan tiga mata. Sebelum aksi, kami bercakap dari hati ke hati dan berkumpul bersama untuk bangkit.

“Sesungguhnya, saya harap satu mata ini menggembirakan kami dan motivasi pemain dapat meningkat pada perlawanan akan datang,” katanya.

Saingan liga akan berhenti rehat hampir dua minggu dan ini masa terbaik Yee Fatt  menyusun dan memantapkan skuad The Bos Gaurus.

Sebaik liga bersambung, Perak akan menghadapi jadual padat bermain tiga perlawanan dalam tempoh lapan hari menentang Penang FC, 3 April, UiTM FC (7 April) dan Selangor (10 April).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: