Bola Sepak Semasa Terkini

Akhirnya….

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penantian lama penyokong untuk ke stadium kini berakhir

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PENANTIAN penyokong sukan negara khususnya peminat bola sepak akhirnya berakhir apabila kerajaan membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau pun venue pertandingan bermula 1 April ini.

Bagaimanapun, dalam usaha untuk memastikan keselamatan rakyat dan memutuskan rantaian Covid-19, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan sentiasa memantau protokol berkaitan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar pembentangan yang dibuat oleh KBS.

Kebenaran untuk penyokong ke stadium pasti menjadi berita yang menggembirakan

“Ahli jawatankuasa mesyuarat dan selepas dipersetujui oleh KKM, mesyuarat bersetuju untuk perkara seperti berikut, membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau venue dengan SOP atau syarat seperti berikut.

“Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB), 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang, mana lebih rendah dengan kawalan seliaan sepanjang masa.

“Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 orang, mana yang lebih rendah dengan kawalan seliaan sepanjang masa.

Kehadiran penyokong ke stadium akan menaikkan semangat pemain

“Disamping itu KBS, MKN dan KKM akan memantau dan buat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan khususnya dalam aspek kemasukan dan penyuraian penonton,” katanya.

Perkhabaran itu pasti melegakan penyokong dan pasukan Liga Malaysia (Liga M) selepas kali terakhir adanya ‘pemain ke-12’ di stadium adalah pada awal tahun lalu.

Secara tidak langsung, ia dapat menjana pendapatan pasukan menerusi jualan tiket dan merangsang ekonomi peniaga di sekitar stadium.

“Penjarakkan minima adalam 1.5 hingga 2 meter. Pergerakan masuk dan keluar mesti berjadual dan tersusun.

“Antara SOP lain, tiket hanya akan dijual menerusi dalam talian dan cara pengambilan pas bermusim akan diumumkan oleh KBS. Operasi jualan pula, hanya kedai sedia ada saja yang dibenarkan,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: