Badminton

Safawi tidak sabar beraksi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Safawi nyatakan dirinya bertambah baik dan tak sabar kembali beraksi untuk JDT.

Oleh : Subkhi Sudarji

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid menegaskan dia kini berada dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang mengambil berat mengenai dirinya.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Safawi menyatakan beliau tidak sabar untuk kembali beraksi di atas padang sekaligus membantu kelabnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penyerang berusia 24 tahun ini dikeluarkan pada minit ke 3 apabila mengalami kecederaan lutut pada perlawanan Liga Super menentang UiTM FC, Sabtu lalu.

Pada mulanya, ramai beranggapan Safawi mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) namun setelah pemeriksaan dijalankan kecederaan tersebut tidak serius seperti yang dijangka dan bekas pemain Portimonense itu akan berehat selama dua hingga ke tiga minggu.

Kecederaan lutut yang dialami Safawi turut menyisihkannya  daripada senarai pemain yang dipanggil pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyertai kem latihan pusat di Johor Bharu bermula 22 hingga 30 Mac sebagai persiapan menjelang baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: