Badminton

13 pemain JDT sertai kem latihan pusat


Oleh : Subkhi Sudarji

SERAMAI 13 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tersenarai dalam 28 pemain yang dipanggil Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari di Johor Bahru, Johor bermula Isnin, 22 Mac 2021 hingga Selasa, 30 Mac 2021.

Turut dipanggil menyertai kem latihan sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di UAE ialah penyerang muda yang beraksi bersama kelab KV Kortrijk (Belgium) Luqman Hakim Shamsudin.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan FAM sebentar tadi, Cheng Hoe masih mengekalkan seramai 17 pemain dari skuad 23 pemain Harimau Malaya bagi dua aksi terakhir kelayakan sebelum ini iaitu bertemu Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 dan 19 November 2019.

“Baki enam pemain lain tidak disenaraikan bagi kem latihan pusat kali ini iaitu penjaga gol Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syazwan Andik Ishak, Baddrol Bakhtiar, Azzizan Nordin serta Safawi Rasid yang mengalami kecederaan pada aksi Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim FC bertemu UiTM FC, Sabtu lalu.

“Cheng Hoe turut menyenaraikan 11 pemain baharu termasuklah pemain naturalisasi terbaharu negara, Guilherme de Paula (Perak FC) namun dua lagi pemain yang beraksi di kelab luar negara iaitu Liridon Krasniqi (Newcastle Jets) dan Junior Eldstal (Chonburi FC) tidak dipanggil kerana tempoh kuarantin untuk masuk ke Malaysia dan kembali ke Australia dan Thailand menjadi kesukaran untuk mereka menyertai kem latihan pusat kali ini,” ujar kenyataan tersebut.

FAM turut memaklumkan enam pemain diletakkan dalam senarai menunggu, jika terdapat mana-mana daripada 28 pemain yang berada dalam senarai dipanggil kali ini disahkan mengalami kecederaan oleh doktor pasukan.

“Mereka terdiri daripada penjaga gol, Samuel Somerville (Penang FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC), Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), S. Kumaahran (Melaka United FC) dan Darren Lok (PJ City FC).

“Cheng Hoe turut menyatakan bahawa kemudahan lengkap yang dimilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi faktor utama kem latihan pusat kali ini diadakan di Johor Bahru.

“Kem latihan pusat di Johor Bahru kali ini pastinya akan dapat membantu kami untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik bagi menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan memandangkan JDT memiliki kemudahan pusat latihan bertaraf dunia yang mana ia adalah yang terbaik untuk bola sepak di negara ini,” jelasnya.

Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun 2021

SENARAI 28 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA DARI 22 HINGGA 30 MAC 2021

BIL

 NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 MOHD FARIZAL MARLIAS

35

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

2.

 MATTHEW DAVIES

26

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

3.

 MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

34

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

4.

 ADAM NOR AZLIN

25

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

5.

 LA’VERE CORBIN-ONG

30

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

6.

 MUHAMMAD RAMADHAN SAIFULLAH USMAN

21

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

7.

 MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

24

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

8.

 MOHD AFIQ FAZAIL

27

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

9.

 MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM

24

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

10.

 MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR

27

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

11.

 MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

22

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

12.

 MOHAMADOU SUMAREH

27

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

13.

 MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

26

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

14.

 MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID

32

SELANGOR FC

15.

 MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

23

SELANGOR FC

16.

 BRENDAN GAN

33

SELANGOR FC

17.

 MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI

27

SELANGOR FC

18.

 MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM

20

TERENGGANU FC

19.

 MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

23

TERENGGANU FC

20.

 SHAHRUL MOHD SAAD

28

PERAK FC

21.

 GUILHERME DE PAULA LUCRECIO

35

PERAK FC

22.

 MUHAMMAD FAZLY MAZLAN

28

SRI PAHANG FC

23.

 MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH

26

SRI PAHANG FC

24.

 KHAIRUL FAHMI CHE MAT

32

MELAKA UNITED FC

25.

 MOHD RIZAL MOHD GHAZALI

29

KEDAH DARUL AMAN FC

26.

 MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

26

KUALA LUMPUR CITY FC

27.

 LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

19

KV KORTRIJK (BELGIUM)

28.

 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

35

SARAWAK UNITED FC

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: