
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
MAGIS yang diharapkan daripada Dollah Salleh akhirnya terlaksana apabila memacu Sri Pahang FC meraih kemenangan 2-1 ke atas Sabah FC di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
Walaupun hanya sempat beberapa sesi mengemudi latihan pasukan, aura bekas pemain kebangsaan itu nyata masih tersemat dalam skuad Tok Gajah.
Kejayaan itu jelas mengembalikan harapan buat penyokong Sri Pahang FC untuk kembali ke landasan persaingan.
Tidak seperti sebelum ini, tuan rumah tampil berbeza dan dilihat lebih yakin dalam setiap gerakan yang diatur.
Sepuluh minit selepas aksi bersambung, pencarian gol Sri Pahang FC ternoktah menerusi Yevhen Bokhashvili yang memanfaatkan kegagalan penjaga gol lawan, Robson Rendy Rining mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.
Minit ke-70, Sri Pahang FC makin selesa dan kali ini giliran Lee Tuck cipta nama selaku penjaring.
Sabah FC jelas tidak berputus asa dan hasilnya minit ke-80, Saddil Ramdani meledak gol ‘semangat’ pasukannya namun tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan sekali gus menghadiahkan tiga mata buat Sri Pahang FC.
Add Comment