Badminton

Jangan bimbang Safawi ok : TMJ

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan kepada semua penyokong Harimau Malaya dan JDT agar tidak bimbang dengan kecederaan dialami Safawi Rasid.

Jelasnya, Safawi hanya memerlukan dua atau tiga minggu untuk kembali pulih.

Dont worry. Alhamdulillah Bukan ACL. Kita hanya main di ACL. Itu sahaja. Terima kasih. 2 3 minggu Insha’Allah ok,” ujarnya membalas paparan IG malaysianfootballeague diruangan IG story miliknya.

Pada aksi menentang Uitm FC malam tadi, pemain utama skuad kebangsaan itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke lapan perlawanan ekoran kecederaan yang dialami.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung itu juga turut mendapat perhatian dari peminat bola sepak yang mengharapkan tiada kecederaan serius dialami penyerang tersebut yang menyebabkan dia tersisih dari skuad Malaysia dalam  kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung 31 Mei hingga 15 Jun 2021 di UAE.

Rata-rata warganet semuannya menimbulkan persoalan mungkinkah Safawi mengalami kecederaan ACL yang merupakan satu kecederaan paling ditakuti bagi seorang pemain bola sepak.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: