Badminton

Hamidin menangis…


Hamidin (dua,kanan) pada sidang media selepas berakhirnya kongres FAM ke 57.

Oleh : Subkhi Sudarji dan Mohd Fitrie Muhamad

AIR MATA Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang tiba tiba mengalirkan ketika berucap pada Kongres FAM ke-57  nyata mengalihkan  sebentar perhatian orang ramai terhadap pemilihan jawatankuasa eksekutif badan induk bola sepak negara.

Situasi berkenaan jelas sekali menggambarkan Hamidin cukup terharu dengan sokongan semua pihak yang terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk kekal di kerusi nombor satu FAM.

Kali pertama berlaku sepanjang beliau berkecimpung dalam arena bola sepak negara malah tidak pernah menunjukkan situasi dalam keadaan sedih ketika berhadapan orang ramai.

Jelasnya, perkara itu berlaku secara spontan ekoran rasa terharu dengan sokongan penuh yang diberikan terhadapnya sejak menerajui badan induk itu pada 2018 selain diberikan kepercayaan untuk terus menerajui persatuan sukan nombor satu negara bagi penggal 2021-2025.

“Tersentuh itu ada dua perkara pertama selepas mengambil alih jawatan daripada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kedua adalah kerana sokongan kuat yang diberikan exco lama dan staf di FAM sepanjang tempoh dua tahun lebih memegang jawatan ini.

“Saya pun tidak tahu pasal apa. Mungkin saya tersentuh atas sokongan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan yang turut bekerja dengan saya.

“Saya terharu dengan sumbangan yang diberikan oleh mereka. Saya tidak pernah menangis dalam mana mana majlis dan inilah kali pertama. Ini memang tiada dalam skrip.

“Saya senang untuk bekerja dengan mereka. Jadi untuk barisan baharu ini pun, mereka tidak tahu cara saya bekerja tetapi mereka pun boleh memberi buah fikiran.

“Menyokong bukan bermakna membodek tetapi mereka bekerja keras melakukan tugasan yang diberikan dan senang untuk bekerja dengan mereka.

“Dua faktor itu buat saya terharu dan menangis. Sudah tentu barisan baharu ini saya mengharapkan benda yang sama,” katanya ketika Kongres FAM kali ke-37 berlangsung hari ini.

Sebahagian perwakilan mengundi bagi memilih kepimpinan baharu FAM bagi penggal 2021-2025.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: