Badminton

Afandi gagal kembali

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji dan Mohd Fitrie Muhamad

HASRAT TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Dato’ Seri Afandi Hamzah untuk kembali berada dalam kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 2021-2025 tidak kesampaian selepas kecundang dalam perebutan jawatan Naib Presiden.

Afandi yang kali terakhir berada dalam kepimpinan FAM selaku Timbalan Presiden FAM 2014-2018 hanya memperolehi 27 undi.

Perebutan empat kerusi bagi jawatan ini dimenangi penyandang sedia ada iaitu tewas Datuk Rosmadi Ismail (36 undi) dan Mohd Joehari Mohd Ayub (35 undi) serta dua lagi kekosongan diisi calon baru iaitu

Mohd Firdaus Mohamed (32 undi) serta Dato’ Posa Majais ( 30 undi).

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang memperuntukkan lapan kerusi pula dimenangi undian kali kedua terpaksa dilakukan kerana terdapat dua calon mendapat undi yang sama bagi mengisi kerusi kelapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said mengumumkan selepas undian kedua senarai lengak adalah seperti berikut:-

-Dato’ Jefferey Low Han Chau (34 undi)

– Saaran a/l Nadarajah ( 31 undi)

– Datuk Mohd Hisamudin Yahaya ( 28 undi)

– Christopher Raj Aralanthu (25 undi)

-Dato’ Sri Shahril Mokhtar (25 undi)

– ACP (B) Md Dali Wahid (25 undi)

-Dato’ Adly Shah Ahmad Tah (21 undi)

– Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar (19 undi)

– Syed Yazid Syed Omar (19 undi)

Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta Exco Wanita pula tiada pemilihan pada kongres kali ini kerana telah memang tanpa bertanding.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: