Hoki Semasa Terkini

TNB, UniKL congak strategi buru Piala Sumbangsih


SUKAR untuk menjangka pasukan manakah akan meraih Piala Sumbangsih untuk aksi Piala Sumbangsih TNB Liga Hoki Malaysia (TNBMHL), malam ini.

Baik TNB mahupun UniKL, masing-masing ada kelebihan untuk dimanfaatkan pada perlawanan yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

TNB mempertahankan kudrat 100 peratus pemain lokal sementara juara dua kali berturut-turut, UniKL dibarisi hampir 50 peratus tonggak kebangsaan.

Bagi Penolong jurulatih TNB, Mohd Amin Rahim mereka bersedia sepenuhnya sepenuhnya bagi menentang lawan malam ini.

“Kita akan lihat semula. Dimana kita boleh counter pasukan UniKL. Saya rasa dari segi permainan agak seimbang,” ujarnya.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertembung pada tahun lalu yang berkesudahan seri 1-1.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: