Antarabangsa Bola Sepak

Manchester United dalam situasi sukar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

OLE Gunnar Solskjaer amat kecewa selepas Manchester United boleh bolos pada saat akhir perlawanan.

Aksi di Old Trafford menyaksikan AC Milan mengikat United 1-1 walaupun
Amad Diallo meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-50.

“Tentu saja anda selalu kecewa apabila bolos dengan cara seperti itu.

“Simon Kjaer jelas pemain bagus, dia melakukan pergerakan bagus, dia kuat.

“Kecewa, tapi sekali lagi ia boleh terjadi. Saya sendiri sudah pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang menghasilkan gol pada masa kecederaan situasi bola mati di pertandingan Eropah.

“Tentu ini jadi lebih menyukarkan. Anda tidak boleh gembira ketika bolos di halaman sendiri. Apapun, kami harus berani dan bertandang ke sana dan mencubanya,” ujar Solskjaer seperti dilapor Sky Sports.

Perlawan kedua Pusingan 16 Liga Europa antara Milan dan Manchester United akan berlangsung di San Siro pada 18 Mac depan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: