Bola Sepak Semasa Terkini

Hatrik Attram benam Skuad Projek FAM-MSN

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Attram (tengah) cipta hatrik pada aksi di Selayang, sebentar tadi. Foto : MFL

Oleh Mohd Fahmi Ismail

TIGA mata dipungut Selangor FC 2 dengan membenam Skuad Projek FAM-MSN 4-2 dalam aksi Liga Premier, petang ini.

Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, tuan rumah menggegar jaring menerusi Saiful Iskandar Adha minit ke-16.

Penyerang import, George Attram menambah derita pelawat hasil ledakan gol m-41 sebelum menyempurnakan sepakan penalti m-60.

Pelawat cuba bangkit dan berjaya mengurangkan defisit melalui gol Ismat Imran Zainal m-70 dan Azzad Harraz Arman 90’+2.

Attram sekali lagi menamatkan sisa-sisa perjuangan anak buah Yusri Che Lah menerusi hatriknya di penghujung masa tambahan babak kedua untuk kemenangan mutlak buat Selangor FC 2.

Untuk rekod, Attram kini muncul senarai penjaring terbanyak Liga Premier dengan lima gol untuk memintas rekod pemain Sarawak United FC, Uche Agba yang mencetak tiga gol.

Sementara itu, Skuad Projek FAM-MSN gagal mengutip sebarang mata selepas kecundang tiga kali berturut-turut.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: