Antarabangsa Bola Sepak

Southampton jadi mangsa amukan City


Kemenangan pastikan The Citizens kian kukuh di puncak EPL.

MANCHESTER City berjaya bangkit daripada persembahan buruk dalam pertandingan sebelum ini dengan membenam Southampton 5-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad sebentar tadi.

Kevin de Bruyne dan Riyad Mahrez tampil cemerlang dengan sama-sama menjaringkan dua gol pada pertemuan ini.

Manakala pelawat memperoleh dua gol menerusi James Ward-Prowse dan Che Adams.

Dengan kemenangan ini, City mengutip 68 mata dan kembali melebarkan jaraknya dengan pesaing terdekat, Manchester United
kepada 14 mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading