Bola Sepak Semasa Terkini

FAM : Tindakan sewajarnya akan diambil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Stuart Ramalingam

Oleh : Subkhi Sudarji

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah melihat video kontroversi membabitkan keputusan pengadil perlawanan Petaling Jaya City FC dan Melaka United FC, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Setiausaha Agungnya,  Stuart Ramalingan berkata kepada CAKAPSUKAN, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas melihat rakaman video berkenaaan.

“Saya telah melihat kejadian itu dan FAM akan mengambil tindakan sewajarnya,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu CakapSukan melaporkan , MUFC mahu FAM menggantung pengadil, Mohd Fairuzi Mat Desa kerana memberikan sepakan penalti yang tidak sepatutnya kepada PJFC, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Saiful Mat Sapri berkata, tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan mutu pengadilan lebih berkualiti pada masa akan datang.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: